Make your own free website on Tripod.com








logopen.gif














Rangkaian Jabatan | Komuniti Bestari | Kelab Setia | Kelab Komunikasi | Anak Angkat | Maklumat Daerah/Jajahan | Pautan [Links]





Selamat Datang ke laman "Rangkaian Jabatan Penerangan Kelantan".



























wayangkulit3.jpg
Untuk Perhatian Anda:
  • Laman ini mengandungi data dan maklumat badan-badan di bawah naungan Jabatan Penerangan Kelantan.
  • Komuniti BESTARI > mengandungi data dan taburan Komuniti BESTARI di daerah anda.
  • Kelab Setia > mengandungi senarai Kelab Setia.
  • Kelab Komunikasi > mengandungi senarai Kelab Komunikasi (badan seni dan budaya).
  • Anak Angkat > mengandungi senarai Badan, sekolah dan kampong yang telah disiytiharkan sebagai anak angkat Jabatan Penerangan Kelantan.
  • Makluman Daerah/Jajahan >mengandungi maklumat penting tentang daerah/jajahan anda.
  • Pautan [Links] > membawa anda ke laman-laman kegemaran "Rangkaian Jabatan Penerangan".   
  • Sila klik navigasi di atas untuk ke laman pilihan anda.





 BERITA "RANGKAIAN JABATAN":
 
Rantau Panjang; 28 Mac 2007: Ahli-ahli Kelab Setia SMK Rantau Panjang diseru meningkatkan semangat cinta negara secara berterusan tanpa menunggu 31 Ogos. Majlis Semarak Merdeka ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sahaari Mat Hussain, ADUN Gual Periok. Beliau menyatakan bahawa program seperti ini amat penting dan SMK Rantau Panjang adalah sekolah yang pertama mengadakan program semarak merdeka di seluruh Kelantan. Turut hadir di majlis ini adalah Pengarah Penerangan Negeri Kelantan. Seramai 1,200 orang telah hadir di majlis ini. SMK Rantau Panjang telah diisytiharkan sebagai anak angkat Jabatan Penerangan Kelantan.
 
Kota Bharu; 29 Mac 2007: Majlis Dialog Bestari Daerah Kota Bharu telah dirasmikan oleh Pengarah Penerangan Negeri Kelantan di Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Kota Bharu. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan betapa pentingnya program seperti ini diadakan di seluruh Kelantan bagi mengenal pasti masalah yang rakyat hadapi dan bagaimana pula jalan penyelesaiannya. Program ini adalah untuk membuka ruang kepada semua Komuniti BESTARI Kota Bharu untuk bertukar-tukar maklumat dengan pegawai dari Jabatan Pertanian Kelantan, MARDI dan FAMA tentang masalah dan cara untuk meningkatkan hasil pertanian khususnya para ahli Komuniti BESTARI.
   
Machang; 30 Mac 2007: Komuniti BESTARI Kg. Pangkal Petai telah dilancarkan serentak dengan Majlis Sambutan Maulidul Rasul. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Negeri Kelantan bagi pihak YB Ahli Parlimen Machang. Dalam ucapan perasmian, Pegarah Penerangan Negeri Kelantan meminta supaya program gotong-royong dilaksanakan bagi membina Anjung Bestari bersebelahan dengan bangunan Pustakaan Desa. Ahli Kariah disarankan membimbing dan bergading bahu bersama anak-anak muda untuk menjadikan Kg Pangkal Petai sebagai kampung maklumat.
 
Machang; 31 Mac 2007: Majlis Perasmian Maulidul Rasul Komuniti BESTARI Kg. Tok Kaya telah disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Negeri Kelantan. Seramai lebih 300 ahli kariah Kg. Tok Kaya telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Ceramah Maulidul Rasul telah disampaikan oleh Tuan Haji Che Mohamad Che Kob, bekas pegawai penerangan.Komuniti BESTARI Kg. Tok Kaya telah disytiharkan sebagai anak angkat Jabatan Penerangan Kelantan. Pengarah Penerangan Negeri Kelantan menyeru supaya umat Islam hari ini  berhijrah dari pemikiran yang mementingkan taksubiah kepada sebuah masyarakat yang mesra, penyayang dan berilmu.  



























kmjg07.jpg
Logo Kembara Merdeka 2007

Dikemaskini pada 10 Mei 2007
HakCipta Terpelihara
Jabatan Penerangan Kelantan